Monday, 29 July 2013

Ambuyat


Tahukah anda apa itu ambuyat ? Ambuyat merupakan sejenis makanan tradisi orang Sabah yang diperbuat daripada sagu. Sagu diperbuat daripada pohon rumbai yang terkenal di negeri Sabah dan Brunei. Sagu hendaklah dimasukkan di dalam air panas yang mendidih dan dimasak sehingga sagu menjadi pekat dan likat. Cara makan ambuyat adalah menggunakan sebatang lidi yang berbentuk Y, ianya seperti chopstik dan diberi nama Chandas. Ambuyat dipusing dengan menggunakan chandas supaya ia melekat dan senang untuk dimakan. Ambuyat selalunya dimakan bersama gulai ikan rebus, sayur goreng, timun dan sambal belacan. Menarik bukan ?


Selain itu, ambuyat juga boleh digunakan sebagai gam pelekat kertas. Dengan adanya ambuyat, jika hanya hendak melekatkan setem ataupun kertas, masyarakat di Sabah menggunakan ambuyat sebagai pengganti kepada gam pelekat. Sari ambuyat adalah lebih tebal dan keras berbanding dengan kanji-kanji yang lain.



1. Mula-mula pusing ambuyat dengan chandas. Supaya senang dimakan.





2. Ambuyat yang telah melekat pada chandas.




3. Kemudian, cicahlah dengan sambal belacan, kuah ikan rebus atau apa sahaja jenis gulai yang dimasak.




dwnbudaya.dbp.my › ... › Warisan


No comments:

Post a Comment