Sunday, 28 July 2013

Gunung Kinabalu





Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 m), Puncak Trikora (4730 m), dan Puncak Manadala (4700 m) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu juga gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

Dari segi persempadanan geografi, Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di Banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora dan Puncak Mandala terletak di benua Oceania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oceania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian Oceania, disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas, Hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau Hutan Gunung.


Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



https://sites.google.com/site/malaysiabm/mount-kinabalu

No comments:

Post a Comment